Wednesday, March 16, 2011

Mungkin esok dah xde


Ya Allah, bagilah kami hidayat/kefahaman dan kekuatan untuk beramal...juga untuk istiqamoh dlm beramal....


Firman Allah SWT:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (QS 2: 275)

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (QS 5:90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
(QS 5:91)


Monday, January 17, 2011

FORMULA

Assalamualaikum WBRT

Maybe the last winter...sejuk laa ko sorg2 nnt

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, pertama-tama dan untuk selama-lamanya segala pujian bg Allah SWT, Raja kepada segala raja, Ketua kpd sgl ketua, Agong sgl kpg sgl agung. Maha Suci Allah SWT yg menjadi sgl isi bumi dan langit untuk manfaat semua atas nama kerahmatanNYA. Seterusnya, salam dan selawat kpg Junjungan Besar Nabi akhir zaman, Muhammad SAW yg mana telah pergi meninggal umat ini lebih 1300 tahun yg lalu dan apa yg penting adlh perjuangan yg dibawa Baginda SAW masih lg subur di muka bumi ini.

Ada dua perkara yg berbeza dlm hidup, iaitu keperluan dan keinginan. Keperluan adlh suatu kemestian dlm hidup dan keinginan adlh sesuatu yg diluar keperluan, maknanya klu xde pun xpe.Tp memg ssh untuk menafikan keinginan ni terutama jika kewangan mengizinkan. Mcm2 nak bli woo, ps3,iphon,netbook,kete mahal,rumah,bot,moto, dslr dll lg. Klu dianalisis blik, mmg smua yg ada dlm list bende2 berasaskn keduniaan, keakhiratan klu ade pun last2 atau pun xde lnsg, name pun keinginan kan..

tp Tuan-tuan yg dimuliakan Allah SWT semua, pernah dgr kan

Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).

(amaran:apa yg dtulis seterusnya bknlah huraian sebenar/tepat hadis ini. huraian sebenar blh didapatkan melalui alim ulama')

So, in order to mitigate or reduce the feeling of wants that mostly worldly oriented, we should always remember our death.

Pelikan definisi istilah cerdik/pandai/seumpanya bg Rasulullah SAW dan sudah tentunya Baginda SAW ada sebab musabab. Paling jelas adalah untuk mengalih perhatian smua kpd hari kematian sbb pd saat dan ketika itu smua keinginan kita tidak berguna lg. Kesemua gadget2 canggih yg mana milik kita akan menjadi kepunyaan insan lain yg dahagakan keinginan mcm kita dulu,haha.

Ini termasuklah, kesemua harta benda yg kita kumpul xkira dr mana hasilnya. Ade yg dibahagi-bahagikan seadil-adil yg mungkin, ade juga akan cuba mengambil semaksima yg blh. Seterusnya akan menikmati kebahagian bersama-sama dgn harta tersebut selepas beberapa ketika sedih atau buat2 sedih atas pemergian kita. Inilah dunia, ada kata yg kata adil, dan ada yg kata xadil dan ade juga kate macam palat ( astafirulahalazim ) salahkn dunia, diri tu xmau dipersalahkn. Apa2, akhirat nnt kte deal smula, tgok sape benar, sape salah. Salah time tu mmg masuk neraka la, tp ade ke dunia yg masuk neraka, wallahua'lam.

Yang hanya tinggal bersama kita dlm kubur adalah amalan, doa anak yg soleh(ah) dan sedekah jariah,bes kan. Tp ni termasuk lah dosa, dosa terima/beri rasuah, xtutup aurat, tgok blue, zalim, mencuri, zina, bunuh, fitnah dan yg mana aplicable dgn diri masing-masing kalau xsempat taubat. Dan klu banyak dosa tu, kebarangkalian nak dpt anak yg soleh(ah) pun rendah. Yelahkan, like father, like son.Bukan tu saja, malah boleh jd bertmbah teruk klu anak2, isteri xikut perintah Allah SWT, pangkat saje besar, nak suh anak-bini tutup aurat pun xleh, dok gentelement lnsg.

Sedekah tu xtermasuk sedekah kt ps3,moto,rumahbot,apple....kira2 blik ade lah bg seringgit 2 time solat jumaat, tu pom kdg2 p, tp yg pasti time solat raya mesti, sbb mmg dh kemestian p masjid. So, kire2 blik mmg ssh nak hidup dlm kubur (aik bukan td dh mati) w/pun dunia dulu sgt senang.


HIDUP INI SEKALI JER BRO

Xtau la sape pemilik asal statement ni, tp yg pasti dia blaja xabis, mungkin skulah die terbakar time tu. Statement yg btul 'MATI INI SEKALI 'jer bro..yelahkan hidup didunia pastu mati, lpas mati dihidupkan semula untuk menhadapi hari ahkirat. Time ini ade 3 possibilities samada syurga,neraka, atau neraka dlu bru syurga. Mati dh xde, kne seksa setara mana atau selama mana pun dh xkan mati semula. Lepas hancur semua, Allah SWT adakan dlm keadaan asal untuk merasi nikmat seksa itu samada untuk tempoh yg tertentu atau selama-lamnye.
Mungkin die ni adlh pemilik statement itu

Tp mmg heaven klu dpt masuk syurga, time 2 mmg to the fullest, mmg semua nye mmg. Xleh nak digambar dan sesungguhnya hanya Allah SWT shj yg layak pilih sape yg blh masuk. So, kite sama2 usaha dan doa spy kita tergolong dlm glg yg Allah SWT pilih ini. Segala apa yg kita ade hari ini, adalah lebih afdal dilaburkn untuk akhirat dr dunia dan sesungguh ini lebih baik. Oleh itu diri ini berpesan kpd diri sendiri dan semua agar perbanyak amal ibadat, sedekah, slalu g masjid, bace quran, berakhlak mulia, jauhkn diri dr perbuatan sia-sia, blaja kerana Allah SWT, sokong usaha membangunkan ISLAM, utamakan ISLAM dlm smua perkara dll yg sewaktu dgnnya.

Berbalik kpd topik pasal keinginan td, apa yg ingin cuba ingin disampaikan kpd DIRI INI khususnya dan semua scr umum adlh dunia ni xkekal, yg kekal hanya Allah SWT dan segala keinginan td blh dibendung atau blh dikurangkan melalui ingatnya kita ttg MATI.

FORMULAnya, igat dunia/bende/keinginan, INGATLAH MATI.Sesungguhnya mati itu PASTI.

Sekian, wassalam.

Selamat Hari Raya kpd semua. hehe

Sunday, October 31, 2010

Kemenangan Untuk Semua

Assalamualaikum WBRT.


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah memperoleh KEMENANGAN. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [ Surah Al-Imran, ayat 185]

Every soul will taste of death. And ye will be paid on the Day of Resurrection only that which ye have fairly earned. Whoso is removed from the Fire and is made to enter paradise, he indeed is TRIUMPHANT. The life of this world is but comfort of illusion. [3:185]

Semua kejayaan dunia dok kekal kecuali hok mane disebut dlm ayat di atas dan xsalah kalu kito semua usaha tuk kedua-duanyo mngikut prioriti yg sepatutnye. (Jgn salah pham, commetary ni bukan terjemahan ayat di atas)

Sekian, wassalam.

Wednesday, October 20, 2010

BUILD THE BUILDING???

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan BANGUNAN, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.”
Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”;- (Riwayat Ibn Majah).


Akal yg patut ikut agama, bukan agama yg ikut akal..

Saturday, March 27, 2010

Yang mana satu...



Snowman akhir zaman....

Assalamualaikum WBRT..

Alhamdulillah, segala puji bg Allah SWT, Tuhan yg Memiliki segala-galanya termasuk la jiwa dan jasad ni. Dan Allah SWT yg sama yg tlah menghntar seorg individu yg cukup istimewa untuk dijadikn qudwah hasanah untuk umat akhir zaman ini iaitu Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya R.A.

Bukan senang untuk seseorg individu untuk berbicara dan faham ttg agama. Sudah tentu lah kayu ukurnya ialah ilmu di dada, bukan sekadar cakap2 yg didengari dr sumber yg xdikenal pasti. Hakikatnya, carilah ilmu agama agar tidak tengelam dlm dunia.

Sejarah tlh m'buktikn manusia mmg cenderung untuk percaya kpd kata2 yg sedap untuk isi perut tnpa diselidikinya. Terlalu banyak contoh yg ada, cuma yg tggal hanya untuk diambil iktibar shj tp malangnya kebanyakan manusia tlh lama buta, buta disebbkn dunia, lemas tanpa air di dalamnya.

Apa yg tggl hanya leka dan asyik dgn urusan dunia. Dan tatkala dtg perihal agama, ditentg habis-habisan oleh nya smada sembunyi atau nyata, seolah-olah segala perihal agama , dialah juara, padahalnya hampes2 shj.

Kembalilah ke jalan yg nyata, jalan yg menuju kefahaman dan perbezaan hak dan batil. Hanya dgn ini, Islam akan bangkit semula, bangkit untuk selama-lama.

Bab dunia, apa2 pun boleh tp bab agama kenapa berdalih?adakah hidup ni untuk selama-lamanya atau untuk sementara? Apa kita terlalu buta atau terlalu tuli atau terlalu lemah. Xperlu fikir jauh, tgok sahaja solatnya. Seorg body builder mmg gagah perkasa tp belum tentu subuhnya... lemah dek kerna rohaninya lapar, lapar akan santapannya.

Sebnyak mana gajahnya subuh kita, sebyk itulah akan disoal-NYA. Jawapannya mungkin sama tp bagaimana dgn kekerapannya. Apakah tiada penyelesaiannya atau buat bodoh shj...

Hakikatnya, kita ada pilihan, pilihan untuk menentukan masa depan, syurga atau neraka... Dan apa yg menariknya, pilihan itu perlu dibuat di atas dunia, dunia yg penuh pancaroba. Selagi masa masih ade, ruang taubat luas terbuka, hanya perlu pilih shj.

Keputusan akhir di dlm tangan-NYA, tp dah xde pluang kedua. Hanya blh pilih di dunia, akhirat pula untuk hitungan shj.

Dengar tu encik berdua (Ali Ashraf), bercakap shj xberguna, kne buat apa yg dikata... dan xde kne mengene dgn sape2 yer, so jgn mudah terasa, nnt cepat tua.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Thursday, February 4, 2010

Kalau Cinta Itu Buta, Maut pula Tidak Mengenal Usia

Aisey man...rehat sebentar b'sama sikut raye

Bismillahirahmanirahim..

Firman Allah SWT;

"Setiap yang bernyawa akan merasa mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."

Al-Ankabut-ayat 57


"Every soul will taste of death. Then unto Us ye will be returned."

[29:57]

Tangan kecik...

Thursday, January 21, 2010

Kenangan

Assalamualaikum WBRT.

Hidup lg complicated and sophisticated ..


Alhamdulillah, sama2 kita perbanyakan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya yg amat Maha Pemurah dan Maha Penyanyang

Setiap masa, setiap minit, setiap saat, setiap detik kita diuji termasuklah dengan harta,dengan ilmu, dengan jawatan atau dengan keluarga. Allah SWT dh tentukan jumlah beban kita di dunia, semuanya dh tertulis, tp kita ada pilihan samada membeban kan diri kita dgn dunia atau agama atau kedua-duanya. Jika agama, manislah imannya, jika dunia senanglah hati, kenyanglah perutnya, jika dua-dua, syukur kepadaNYA.

Sahabat2 Rasulullah SAW (r.ahum) dalam glg 2-2 tp lebihkan akhirat dr dunia dan sebab itulah mereka berjaya. Dunia bg mereka hanyalah sementara dan akhirat sana untuk selama-lamanya. Mereka hanya penuhi keperluan dan selebihnya untuk agama Allah SWT, tp hari ni apa yg umat Islam buat terbalik, lebihkan dunia dr akhirat. Oleh itu, renung2kan lah.

Iklan..

Ashraf: Asal ko ari ni ko xg masjid?
Ali : ummm..
Ashraf: Asal ko bgun lewat?
Ali :aaaaa..
Ashraf: Asal ko slalu malas?Asal ko lmbt?
Ali :soalan ni kita xyah tanye kt org lain, kita tnyelah diri tu msg2.
Ashraf: hoho

Sepanjang hidup ni, cita-cita aku xpernah tinggi, tp lepas masuk sekolah ni semuanya berubah. Terima atau tidak, semuanya dh tertulis pun dalam dalam takdir Allah SWT. Terlalu byk nikmat dan kurniaanNya aku terima dan blh jd rahmat jika aku pandai memanfaatkannya atau jd bukti untuk aku ke neraka.

Firman Allah SWT;

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Ar-Rahman-ayat 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77.


"Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinn and men) deny?"

(78:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

Sekian, terima kasih..