Wednesday, September 17, 2008

Ramadhan Jangan Tinggal Daku

Gambar raya aku tahun ni, baru ade seri blog ini.Intro untuk kali ini.

Saatku menulis bingkisan kali ini, Ramadhan sudah pun masuk ke fasa yang ke-2. Masa yang berlalu sungguh cepat bagi diri ini yang masih lagi terkapai-kapai dalam mencari keredaan Illahi. Bulan yang sungguh berkat ini memberi satu sinar cahaya bagi seluruh umat Islam yang berbagai-bagai ragamnya. Pada bulan ini juga seluruh umat Islam berusaha untuk menjalankan ibadah puasa walaupun ada dikalangannnya masih lagi belum dapat memenuhi ibadah fardu yang sewaktu dengannya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi satu titik perubahan yang positive bagi diri ini khasnya dan seluruh umat Islam amnya.



Apabila berbicara mengenai bulan Ramadhan, ramai yang tentu teringatkan ibadah terawih yang telah disunatkan bagi seluruh umat Islam di sebelah malamnya. Ibadah ini sungguh istimewa yang mana hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Fadhilat menjalankan ibadah ini sungguh besar dan bermakna serta ganjarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui tentangnya. Terdapat banyak hadis yang menyebut tentang ganjaran menjalankan Ibadah ini tapi adalah lebih baik untuk diri ini untuk tidak menyatakannya kerana tidak pasti akan kesahihannya. Walaubagaimanapun terdapat hadis yang jelas dan kuat menyatakan bahawasanya apabila seseorang melakukan ibadah sunat di bulan Ramadhan, pahalanya dikira seperti ibadat fardu di bulan-bulan yang lain dan jika melakukan ibadah fardu di bulan Ramadhan, pahalanya dilipat-kali ganda sehingga 70kali ibadah fardu di bulan-bulan yang lain.(May Allah forgive me if I'm wrong)

Gambar favourite akmal...

Bercakap tentang ganjaran ataupun pahala, teringat pula diri ini akan gaji yang diperolehi semasa berkerja di musim panas yang lalu. Jika di Malaysia, kebanyakan individu yang berkerja seperti juruwang, jurujual, pelayan restoran dan kerja-kerja yang sewaktu dengannya, gajinya dibayar mengikut hari, contohnya Rm25 sehari tetapi di sini kebanyakan pekerja dibayar mengikut jam, contohnya CAD9 sejam. Oleh itu, sudah tentulah individu yang dibayar mengikut jam akan memperoleh gaji yang lumayan berbanding yang dibayar mengikut hari. Maaf dipinta, bukan bermaksud ingin merendahkan sesiapa tapi cuma membuat suatu perbandingan yang realistik, sudah tentu banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti kos hidup dan gaji minimum di sesuatu lokasi itu.


Sebenarnya, apa yang ingin diri ini sampaikan adalah setiap saat yang diperuntukan untuk menegakkan agama Islam, amar makruf nahi mungkar, dan apa sahaja yang boleh membawa diri kita hampir dengan Allah yang Berkuasa Mutlak di alam ini akan dikira sebagai pahala dan ganjaran bagi diri kita di akhirat yang mana boleh menjadi pertolongan bagi kita untuk kehidupan seterusnya. Digambarkan keadaan semasa menungggu untuk dihisab, diri kita tersangatlah hampir dengan matahari sehinggakan panasnya tidak terkata, dan disinilah gunanya amal kita, ibadah kita, sedekah kita, bacaan Al-quran kita untuk membantu menghadapi situasi ini (satu contoh). InsyaAllah jika mana usaha kita dalam mengumpul kekayaan dan mengejar segala apa yang ada di dunia ini setaraf (equal) dengan usaha kita untuk kearah meningkatkan apa jua jenis ibadah kita kepada Allah SWT, diri kita akan selamat dan bahagia untuk kehidupan di dunia dan akhirat, Amin.


Sehubungan dengan itu, bukan gaji yang dibayar mengikut jam atau pun hari yang menjadi ukuran tapi apa yang lebih mustahak adalah peningkatan amal kita hari ini ke hari yang seterusnya yang menjadi kayu ukur hakiki. Jika kita boleh merasa tamak untuk memiliki segala harta yang ada di dunia ini, mengapa tidak kita merasa tamak untuk memperoleh ganjaran dari Penguasa yang menjadi penghulu segala penguasa hari ini. Janji Allah SWT, walau sebesar zarah hasanah yang kita lakukan di dunia ini akan dikira jua di akhirat, inilah yang perlu kita sedari. Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba dalam meningkatkan ibadah kita kepada Allah SWT. Dalam masa yang sama,diri ini bukanlah bermaksud untuk berkira-kira pahala dengan Allah SWT tapi segala-galanya adalah untuk mencari keredaannya. Sesungguhnya segala amal yang seseorang yang alim di dunia mampu lakukan, tidak cukup untuk membayar walau sebelah mata yang Allah telah izinkannya untuk melihat di dunia ini. Dia hanya akan masuk ke Syurga dengan keredaan Allah SWT.


Kesimpulanya, tidak perlulah kita menbuang masa untuk mengkritik, menyindir, mengutuk atau memperlekehkan sesuatu, apatah lagi mengata atau mengumpat dalam apa sahaja medium di bulan yang Mulia ini. Tumpukanlah kepada amal yang mana mampu untuk menjadi medium untuk mencari keredaan Allah, Tuhan yang menciptakan alam semesta ini....

(Sesungguhnya, segala apa yang dicoret di sini adalah khas ditujukan kepada diri ini(Ali Ashraf) yang mana merupakan seorang insan yang selalu lupa akan hakikat kehidupan dunia ini)

That all,
Thanks

Courtesy to Ariff Syazwan..

Saturday, September 6, 2008

Apa guna diri ini?

Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk menjadi hamba Allah yang taat bila mana mampu untuk menjadi seorang yang hebat di mata manusia..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk menunai solat lima waktu bila mana terlalu sibuk mengejar dunia..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk bangun malam untuk memohon keampunan Ilahi bila mana mampu untuk bangun untuk benda keduniaan..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk bersedekah bila mana rezeki yang datang mencurah-curah dari Allah...
Apa gunanya diri ini jika berkira-kira dengan Allah dalam menunaikan tanggungjawabya
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu mendengar kebesaran Allah bila mana rela mendengar muzik yang melekakan..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk membaca ayat Al-quran bila mana mampu untuk menyanyi sebagai seorang juara..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk sentiasa berzikir kepada Allah bila mana leka berbincang hal dunia..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk melihat keburukan diri sendiri bila mana sibuk mencari keburukan manusia lain..
Apa gunanya diri ini jika tidak mampu untuk mengumpul pahala untuk akhirat tapi mampu megumpul jutaan wang di dunia..
Apa gunanya diri ini jika hanya mampu untuk berkata-kata tapi tidak mampu untuk melakukannya...