Friday, November 21, 2008

Hanya Engkaulah Tuhan yg Kami Sembah dan Hanya Engkaulah Tempat Kami Memohon Pertolongan.

Drumheller, tempat tinggalan tulang dinasor.


Assamualaikum wbt.

Mari kita sama-sama renungkan sebuah hadith.

Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

mafhumnya:

“Di hari kiamat nanti akan didatangkan seseorang yang diseret lalu dilempar ke dalam neraka sehingga keluar usus-usus perutnya lalu dia berputar-putar padanya sebagaimana berputarnya keledai di alat penggilingan. Maka berkerumunlah ahli neraka dan mereka berkata, ‘Hai Fulan, ada apa denganmu?! Bukankah engkau yang menyuruh kepada yang baik dan melarang dari yang mungkar?’ Ia menjawab, ‘Benar, dahulu akulah yang menganjurkan kebaikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan aku melarang kemungkaran tapi aku melakukannya.’

(HR. Al Bukhari dan Muslim)

Fuuh.fuuh, sudah berabuk rupanya blog ini.ehem2.



Terpanggil hati ini untuk mencoretkan serba sedikit setelah membaca hadith di atas tadi.

Pertamanya, inilah tujuan sebenar hidup yang sementara ini iaitu amar makruf nahi mungkar. Setelah lahir, semua manusia telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini dan secara automatis sebagai seorang muslim, kita adalah daie, pengajak kepada kebenaran.

Inilah Islam, apa yang dituturkan mesti dikotakan kerana telinga kita lah yang paling hampir dengan mulut kita.

Sebagai contoh (direka), di sekolah lama, Badan Pelajar Islam menyeru
( i.e memaksa sebenarnya, baguslaaa kn, bende baik) semua pelajar-pelajar turun ke masjid untuk solat lima waktu tetapi dalam masa yang sama ada di kalangan mereka tidak berlaku sedemikian atau dengan kata lain, diri sendiri solat dalam dorm..Persoalan di sini adakah golongan ini yang dimaksudkan di dalam hadith di atas? tetapi biarlah persoalan ini bersendirian dan duduk jauh-jauh, Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui dan sebagai insan biasa kita, teruslah berusaha untuk menjadi terbaik dan selalulah bersangka baik sesama insan.

Sebenarnya, konsep berdakwah ini amat mudah, tidak perlulah kita menunggu untuk menjadi alim supaya kita boleh berdakwah. "convey from me even one ayat"-Rasulullah SAW, ini sudah cukup untuk membuktikan apa sahaja ilmu yang ada dalam diri kita, kita kongsikan dengan yang rakan-rakan. (Kalau nak tggu jd alim, alamatnya kiamat r ).
Oleh itu, dalam masa yang sama, perlulah diri kita sentiasa memperbaiki diri disamping sentiasa menyeru orang lain ke arah kebaikan.

Analoginya cukup mudah, sepertimana seseorang itu mengajak rakan-rakannya bermain bola sepak. Adakah si pengajak itu perlu menjadi sehandal Rooney atau Ronaldo atau Barbatov? Jawapannya, tidak. Tugasnya hanya mengajak dan disamping itu memperbaiki kemahiran bola sepaknya, terpulang lah kepada rakan-rakannya untuk bermain atau tidak.
Sama lah sepertimana yang dialami oleh individu yang menyeru orang lain ke arah kebaikan, terpulang lah kepada orang yang diajak itu untuk ikut serta atau tidak, kerana Hanya Allah sahaja dapat mengubah hati manusia.Tugas kita hanya menyeru ke arah kebaikan dan InsyaAllah ganjaran istimewa tersedia kita di sana nanti.

Baru-baru ini, ada sekumpulan ulama' telah mengeluarkan fatwa untuk menentukan syahidnya sesorang itu berdasarkan apa yang telah dilakukannya. Alhamdulillah, suara alim ulama' semakin kedengaran sekarang ini dan fatwa ini mendapat liputan yang luas terutamanya di negara-negara Islam dan diri ini berdoa agar suara dari kumpulan ini akan terus lantang kedengaran dan mendapat perhatian semua pihak terutama dari media yang mana cukup besar pengaruhnya.

Diri ini juga berharap agar para alim ulama' ini terus memberi input yang bermanfaat kepada umum terutama kepada pemuda-pemudi sekarang ini. Terlalu banyak lagi yang belum dijelas dari golongan ini secara rasmi dan terperinci mengenai muda mudi sekarang ini, contohnya, hukum ber'couple' ,hukum ber'clubbing', hukum ke konsert, hukum menyambut ini dan itu dan banyak lagi. Seterusnya, setiap apa yang dikatakan mestilah diikuti dengan penguatkuasaan yang mengikut apa yang telah Islam gariskan.


Diharap golongan alim ulama' dapat menyediakan satu platform yang mantap untuk ditinggalkan kepada generasi yang akan datang. Biarlah apa yang mereka tinggalkan menjadi pemangkin untuk kita semua terus menjulang syiar Islam di muka bumi Allah ini

Sekian untuk kali ini dan Selamat Beramal


USAHA
Credit tuk Shakir , bawa budu tuk ak smpi Canada

Biarlah usaha yang ada dalam diri ini tidak terus membeku sebagaimana bekunya salji2 ini, biarlah ia cair seperti budu dan mengalir deras seperti air di bawah.