Tuesday, December 23, 2008

Yakin dan Percaya lah.

Masjid oh masjid.

Assamualaikum WBT.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan selawat serta salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Utk post kali ini, suka untuk diri ini berbicara ttg yakin dan percaya, dua perkataaan yang agak sama tapi mungkin membawa definisi yg berbeza. Walau apa pun, apa yg ingin diketengahkn bukanlah definisi tetapi penggunaan 2 prkataan ini.

Sedar atau tidak, harta yg plg bernilai dlm diri kita sebagai seorg muslim adalah kalimah syahadah. Dengan kalimah inilah seseorg itu mampu utk memperolehi syurga yg kekal abadi dan tanpanya sedih tak berjiwa lah sesorg itu. Dikatakan individu yg terakhir masuk ke syurga akan memperoleh syurga yg mana besarnya 10x ganda dr dunia ini.(selepas seksa dineraka)

Kalimah ini mbawa dua perkara yg utama iaitu "Aku brsaksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah SWT" dan "Aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Bahagian pertama kalimah mbawa pengertian yg cukup brerti yg mana menafikan sehebat mana kuasa di alam semesta ini tidak akn dapat menandingi kuasa Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yg berhak disembah oleh manusia.

Diri ini percaya jika mana usaha BUSH dan segala angkatanya mahu membunuh sesorg di dunia tidak akn brjaya jika mana Allah SWT tidak mengizinkannya dan diri ini juga percaya jika mana Allah SWT mahu menamatkn riwayat sesorg inidividu itu dia mampu melakukannya dengan hanya mengunakan sekecil-kecil ciptaanNya sepertimana yg berlaku kpd seorg raja yg mati akibat nyamuk/lalat yg masuk ke dlm telinganya.
Dan diri ini juga percaya bahawa gula itu manis tapi YAKIN bahawasanya Allah SWT yg memberikan sifat manis itu kpd gula dan pd bila-bila masa Allah SWT blh mengubahnya spertimana kisah Nabi Ibrahim A.S yg dicampak ke dalam api yg cukup selesa dan nyaman untknya setelah Allah SWT menarik sifat panas dan membakar api itu.

Bahagian kedua kalimah ini meletakkn jujungan besar Nabi kita SAW sebagai seorg insan cukup hampir dgn Allah SWT dan segala tingkah laku, pemakaiannya, percakapannya adalah menurut perintah dr Allah SWT dan menjadi sunnah untk kita semua dan apa yg penting adalah Allah telah memberi jaminan untk sesiapa yg mengikut sunnah ini akan berjaya di dunia dan akhirat.

Diceritakan semasa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu untk menukar arah kiblat, Baginda SAW sedang solat berjemaah dan dlm masa yg sama iaitu ketika solat Baginda SAW menukar arah kiblat ke arah yg telah dperintahkan Allah SWT melalui Jibril A.S. Disini, jelaslah bahawasanya perintah Allah SWT ini amat penting dan perlu segera dilakukan tanpa perlunya ada perbahasan, perdebatan, pertikaian atau apa shj untk menghalangnya dr dilaksanakn.

Dan sudahpasti apa shj yg diperintahkan oleh Allah SWT hanya wajib dilaksanakn oleh iniduvidu yg bergelar muslim (pham leklok ok), bermakna yg bukan muslim tdk perlu takut, gentar, risau, gelabah dan tergugat dgn perintah ini. George W. Bush , Barak Obama, Stephen Harper dan Brown pun tidak perlu takut dan risau dgn perintah ini selagi mana mereka tidak bergelar muslim. Dan jelas pihak yg susah hati, takut, gelabah dan risau hanya segolongan muslim yg mana mempunyai kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan agama dan org ramai. (semoga golongan ini insaf dan kembali bersama menjulang syiar Islam di muka bumi ini, InsyaAllah)

Seterusnya, diceritakan lg ketika mana wahyu mengharam arak turun di zaman Rasulullah SAW yg mana menyebabkan kesemua Sahabat R.A mencurah minuman haram ini walaupun ada sesetengahnya sedang menikmati nya. Allahuakbar, begitu tinggi dan hebat iman para Sahabat R.A ketika itu. Begitu Percaya dan Yakinnya mereka ini kpd perintah Allah, semoga apa yg dimiliki mereka ketika itu dpt kita semua miliki, InsyaAllah.

Hari ini, kita dikatakan makin maju,makin moden, makin cerdik, makin pandai, makin celik, makin membangun tapi sayang seribu kali sayang, kita masih lg ketinggalan,masih lg cetek, masih lg singkat, kita tidak mampu melaksanakn perintah Allah sepenuhnya walaupun ada kemampuan dan kuasa untk melaksanaknnya, bahkan ada dr kita semua(muslim) menentang pelaksanaannya, nauzubillahimzalik.

Kita sepatutnya sama-sama berjuang untk pelaksanaannya dan penguatkuasaan nya. Bukannya susah untk duduk semeja dan mendengar penjelasan dr pihak yg ada kefahaman ttg pelaksanaan ini.Kita ada Yahoo Messenger untk Conference, kita ade web cam untk visual, kita ada semua teknologi untk memudahkn proses kefahaman ini tp sayang tidak pandai memanfaatkannya. (First class fasilities, third class minded)

Semuanya sudah jelas, dalil yg kuat dan ayat Quran yg difahami cukup untk kita semua sandarkn demi pelaksanaan ini. Surah Al Baqarah ayat 178 menerangkan ttg kewajiban pelaksanaan ini dan marilah kita tinggal sentimen parti yg kita agung-agungkan itu. Ini bukan agenda untk suatu parti tp adalah agenda untk individu yg bergelar mukmin.

Ironiknya, selang beberapa dari ayat ini, Allah menerang ttg kewajipan untk berpuasa di bulan Ramadhan (Al Baqarah ayat 183, beza 5 ayat jer). Diri ini pasti tidak ada seseorg pun mahu menafikan pelaksanaan perintah ini dan perkara yg sama juga perlu diaplikasikn unutk kesemua perintah Allah SWT, tiada istilah double standard dlm Islam, sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

Dan ironiknya lg, pihak yg sama menjujung Internal Security Act yg jelas tidak adil dan boleh dikira zalim (haha). Tiada ungkapan yg mampu diucap lg dr mulut ini. Sedih dan sebak rasanya (huhu). Walaupun Allah SWT mampu untk menghumbam seseorg individu itu terus ke neraka, tp sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha bijaksana, dia memperlihatkan segala macam bukti untk setiap org di akhirat nnt untk memastikan pengadilan yg cukup jelas. Wahai sahabat-sahabat ku, fikir-fikirkan lah dan tepuk dada tanya iman.

Sebenarnya, kita tidak menghendaki pemimpin yg baru jika itu tidak perlu. Apa yg perlu diusahakan adalah memastikan pemimpin yg sedia ada meletak agama Islam sbg parameter yg plg tggi dlm setiap aspek kehidupan ini. Sudah tentu ini memerlukan usaha dan izin dr Allah SWT. Oleh itu, rajin2 kan lah untk rapatkn dahi ini ke bumi dan berdoa kpd Tuhan yg Mempunyai Segala Kuasa unutk mengubah Sesuatu termasuk hati manusia yg sekeras belian ini, InsyaAllah. Yang 1 tidak akan jd 2 jika tidak perlu dan jgn sesekali mempolitikan isu agama sebaliknya Islamkanlah politik itu. (pham leklok k)

Untk maklum, bukan lah diri ini cuba untk menyebelah mana-mana parti dan bkn juga cuba untk berada di tengah tapi yg jelasnya sekadar pandangan peribadi berlandas ilmu yg cetek di dada. Ampun beribu ampun diminta dr Allah SWT jika ada salah silapnya dan juga kepada yg terasa.

Akhir kata, Yakin dan Percayalah dgn setiap apa yg diperintahkn oleh Allah SWT kerana ada hikmahNya, ada berkatNya, ada keredhaanNya di situ. (No one can lead to the right path except Allah and always thanks Allah for giving this life)

Sekian untk kali ini dan Selamat Beramal.

semua tingkap dlm bilik ak dan member2 jd tmpt terkumpulnya frost dan ais sbb skrg suhu terlalu extrem, nk keluar pom ak malas.xcayer tgok laa sendiri.hehe.
(gmbr tuk kli ni)