Friday, January 9, 2009

Khas Untuk.......

"Baklava"

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah dan setinggi-tinggi pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam untuk Junjungan Mulia, Muhammad SAW.

Mungkin belum terlambat untuk diri ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam dan Tahun Baru 2009 dan tidak lupa Selamat Datang ke Semester Baru, Winter Term. Kenapa semuanya mesti baru, jadi apa yg tinggal untuk sahabat kita "lama"?. Sedar atau tidak, yg tinggal adalah umur kita yg semakin tua dan masa yg semakin suntuk untuk beramal. "Baru" hanya satu perkataan yg digunakan oleh pihak yg tertentu untuk mengalih perhatian kita semua dr menyedari hakikat hidup yg sementara ini. Hakikat kematian ini adalah suatu yg realiti tp sayang tak ramai dr kita bersedia untuknya.InsyaAllah semoga Allah memberi hakikat hidup ini kpd kita semua.

Sekarang kita dikejutkan dgn serangan rejim israel ke atas saudara-saudari kita di bumi Pelestin. Hanya Allah SWT shj yg tahu bagaimana penderitaan yg mereka alami sekarang. Ironiknya, kuasa-kuasa besar dunia terus mnyokong tindakan rejim ini dan yg peliknya negara2 Arab sendiri terus diam membisu. Tapi ingat wahai manusia, setiap apa yg berlaku ada harga yg perlu dibayar, percaya atau tidak, setiap darah yg menitis di bumi Pelestin itu akan menjadi soal di akhirat nnt kerana setiap muslim bertanggunggjawab ke atas saudara muslimnya sendiri.

Disebut dlm suatu Hadis " Tidak sempurna iman sesorg selagi mana dia tidak menyayangi saudara muslim sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri".Dalam konteks ini, jelaslah bahawasanya kita perlu menjaga kebajikan saudara muslim kita dan sudah tentulah mengikut prioritinya. Oleh itu, marilah kita hulurkan bantuan dalam apa jua bentuk. Berdoalah kpd Illahi agar kita semua diberi cahaya keimanan untuk terus berada di bawah hanya satu panji Islam.

Diri ini merasakan bahawasanya ini adalah satu peluang untuk seluruh umat Islam untuk berjihad di jalan Allah tp sayang semangat jihad kelihatan sudah kesepian di lubuk hati mukmin hari ini termasuklah diri ini. Masing2 sibuk dgn dunia masing2, dan kadang2 leka bergembira tanpa memikirkan kesengsaraan mukmin yg lain. Diri ini mengandaikan jika mana setiap negara Islam (OIC) mampu menghantar satu batalion(xramai pom) untuk mempertahankan bumi Pelestin necaya penderitaan mereka tidak seburuk hari ini tp apakan daya yg dekat buat2 tuli,yg hampir buat2 buta,yg kaya buat2 miskin, yg jauh hanya pandai bersuara.

Akhir kata, beramalah seolah-olah matinya esok dan berjuanglah seolah-olah hidup ini lama.

Sekian untuk kali ini......
Ya Allah berikan lah kaki ini peluang untuk menjejak di bumi Malaysia lg dan jauhilah anggota ini dr menjejak tmpt2 maksiat.
Brother Razly yg hensem dan hebat bersnowboarding.