Tuesday, February 24, 2009

Janji-Janji Kita...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat ke atas Allah swt yg masih lg memberi izin utk diri ini menrecanakan serba sedikit ttg hakikat hidup ini. Seterusnya selawat serta salam keatas Junjungan Mulia kita Muhammad SAW dan tidak lupa juga kepada sahabat2 Baginda r.anhum yang telah berkorban jiwa dan raga mereka untuk menyebarkan agama Islam di muka bumi ini. Semoga segala kegigihan dan usaha mereka dpt kita contohi dlm mencari keredhaan Illahi.

Untuk tatapan kali ini suka untuk diri ini membawa kita semua untuk meneliti janji-janji yg pernah kita taburkan atau pun yg pernah kita dengari. Mungkin ada diantaranya kita kotakan dan juga mungkin sebaliknya. Sedar atau tidak, hanya ada dua kategori janji iaitu janji yg pasti dan juga janji yg xpasti.. Hakikatnya semua janji yg kita ucapkan belum tentu ada jaminannya 100%, semuanya berlaku dgn kehendak Allah SWT

Kita lihat kategori yg pertama dahulu iaitu janji yg xpasti. Janji yg berada dlm kategori ini adalah janji-janji yg dibuat oleh manusia. Ini termasuklah janji seorg pemimpin kpd rakyatnya, janji seorg kawan kpd kawannya, janji seorg 'balaks' kpd 'aweks'nya, janji seorg abg kpd adiknya dan segala macam jenis janji lg. Janji sebegini sememangnya telah maklum kpd semua org dan tidak perlu diulas panjang.

Dan jika dilihat dgn skop yg lebih luas lg, janji yg berada dlm kategori (xpasti) ini juga termasuk dgn janji2 dunia ini kpd seorg insan iaitu janji kalau dapat degree, senang dpt kerja, janji kalau duit banyak , hidup senang, janji kalau belajar rajin, result gempak, janji kalau kerja rajin dpt bonus byk, janji kalau power english senang dpt scholarship dan macam-macam lg jenis janji dlm kategori ini. Sebenarnya janji-janji ini sememangnya lumrah kehidupan, dan diri ini yakin kita semua perlu berusaha untuk kearah memenuhi janji ini. Betul x?
Dan dalam masa yg sama kita semua juga khasnya diri ini perlu yakin bahawasanya segala keputusan di tangan Allah SWT. Allah SWT mampu mengubah segala janji dunia ini sbb itu kalau kita lihat ada sesetengah kita w/pun ada degree dlm kejuruteraan tp berakhir dgn jd seorg penternak ayam yg berjaya, dan ada juga yg kaya tp hidup dlm ketakutan, pergi kemana-mana mesti ada pengawal, bimbang dirompak, bimbang ditembak curi, risau dibaling kasut dan macam2 lg. Walau apa pun, sekali lg diri ini ingin menegaskan sesungguhnya kita semua perlu berusaha untuk mengecapi semua janji2 dunia ini. Jangan salah faham ok..

Seterusnya kita pergi ke kategori yg terakhir iaitu janji yg pasti. Janji2 yg dimaksudkan adalah janji2 Maha Pencipta kpd makhluknya iaitu janji Allah SWT kpd insan2 termasuklah diri ini yg selalu lupa kewujudan janji ini, iskh2. Janji2 ini termasuk lah kalau seseorg individu solat di masjid bersama jemaah yg pertama dpt 27x ganda pahala, kalau seseorg insan itu bersedekah dgn seikhlas hati dpt byk pahala, kalau sesorg insan itu solat sunat sebelum subuh 2 rkaat, ini lebih baik dr dunia ini dan segala isinya, kalau insan itu tolong agama Allah, Allah tolong selesaikan semua masalah dia, kalau insan itu pemimpin yg adil dia termasuk dlm golongan yg di bawah lindungan arasy Allah di pandang masyar nnt dan bnyk lg. Allah itu Maha Pemurah dan kita perlu bijak untk mendapatkn segala-galaNya drNya, mesti byak beramal untk Allah permudahkan hidup kita didunia ini dan akhirat nnt. Kalau hendak disenaraikan semuanya , memang sampai sudah xabis.

Tambahan lg, ini janji Allah (masih lg dlm kategori janji pasti ni) kpd mahkluk nya yg xikut perintahNya, lawan cakapNya, degil, sombong, banyak buat maksiat, sibuk dgn dunia ini dan xbersyukur termasuk diri ini sendiri(insaf lah cepat). Janji yg dimaksudkan adalah kalau sengaja tinggal solat balasannya tinggal dlm api neraka untuk satu tempoh yg lama yg mana tempoh tu lebih lama lg drp hayat kita semua di dunia sementara ini (nk tahu tempoh tu cari sendiri) dan ini hanya untuk satu waktu solat, belum 2,3...20... waktu solat lg. Dalam hadith juga ada menceritakan ttg balasan untk individu yg melengah-lengah solat, siap ada nereka khas lg untk golongan ini(special punyer). Oleh itu berusaha lah bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab terhadap tuntutan agama, dan yg penting sekali lakukan mengikut apa yg di ajar oleh Nabi SAW. Sama lah juga untuk muslimat-muslimat yg disayangi dan dikasihi semua, bg yg masih lg xbertudung tu, lama jugak lah anda semua tggl di neraka kalau masih lg xbertudung(nk tmpoh die, cari sendiri ).Semua ini janji2 Allah SWT ini pasti kpd mahkluk yg diciptaNya bkn diri ini sengaja hendak menakutkan sesiapa pun.

Iklan...

Ali : Oit, ko tau x manusia ni suka langgar apa?
Ashraf:langgar lari.......
Ali :Salah
Ashraf:langgar anak dara org......
Ali :Asbur tul ko ni, watpe langgar anak dara org
Ashraf:blh kawin free
Ali :loyar buruk plk budk ni
Ashraf: dh tu ape??
Ali : manusia skrg suka langgar undang2 laa.dr peringkat atasan sampai org bawahan mcm ko
Ashraf: kalau mcm ak, mcm ko la jgk. hehehe...

Sambg blik...

Walaubagaimanapun, Allah itu Maha Penyayang kpd hamba2Nya, w/pun hambaNya melanggar perintah, bekalan oksigen xpernah terputus w'pun sesaat, begitu jantung kita tidak pernah berhenti sesaat taakala hambaNya melakukan mungkar(len r klu mati). Penyayang kn?Semua ini bukti bahawa Allah itu sifatnya bukan semacam manusia yg selalu terarah kpd maksiat. Oleh itu, ikut lah perintahNya dan lakukan dgn ihklas serta selalulah mohon hidayah Nya agar terus berada di jalan yg benar.Masih ada ruang untuk kita khas diri ini untuk terus memperbaiki dan berusaha menjadi sorg muslim yg sejati. Segala macam 'mak neka' dosa yg lepas, sama2 kita insafi, anggap lah semua itu sebagai cermin sisi dan jangan sampai kita disengat ular dr lubang yg sama untuk kali yg kedua.

Kesimpulannya, amat rugi lah bg sesiapa yg tidak berusaha untk memenuhi janji dunia ini dan teramat sangat paling rugi,jahil dan bodoh lah sesorg itu jika tidak berusah untuk memenuhi tuntutan agama dan juga mencari janji2 yg pasti lg manis Allah SWT terhadap diri nya.

(Untuk makluman, post ini tiada kaitan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup mahupun yg telah mati kecuali En. Ali dan En. Ashraf dlm iklan tu yg mana mereka selalu digelak oleh syaitan sbb berjy diperdaya,hoho, dgr tu ye En berdua... dan segala apa yg dicoretkn sekadar untk berkongsi dgn anda semua)

(Masih lg winter, lmbat lg nk blik Malaysia..hoho)

Sekian untuk kali ini dan teruskan beramal....