Thursday, August 14, 2008

Sahabat

Tajuk yang telah menjadi pilihan hati untuk pertama kalinya menjadi hasil coretan saya adalah seperti yang berikut, InsyaAllah saya akan cuba untuk mengolah tajuk ini dengan sebaiknya.

Adalah tidak menjadi asing bagi semua orang untuk mempunyai sahabat. Sahabat, rakan, kawan -kawan dan apa sahaja istilah yang digunakan maksudnya tetap sama dan kalau ada sebarang perbezaan pun mungkin tidak begitu ketara.

Sepertimana insan yang lain, saya juga mempunyai ramai sahabat, dan peranan sahabat dalam hidup saya amat penting terutama sekali untuk menghadapi hidup yang senantiasa berjauhan dengan keluarga. Oleh itu, suka saya untuk memperkenalkan sahabat-sahabat yang hampir dengan saya. Yang mana jauh-jauh, maaf dipinta, bukan bermaksud telah dilupakan tapi untuk meringkaskan cerita.

Bergembira selepas tamatnya kertas yang terakhir untuk 1st year.
Dari kiri: Min, Razly, Akmal, Rahman, Ali, Safwan, Shakir
Duduk: Farizul
Heritage Day...( Dari kiri: Safwan, Farizul, Rahman, ali)
Aaaa, ini lah sahabat-sahabat 1st year saya ;Edisi penuh (Dari kiri: Min,Rahman,Safwan,Razly,ali,Akmal,Shakir,Aimi,Ami)

Sebenar, ini adalah sebahagian kecil sahaja dari jumlah kami sebenar. Disebabkan kekurangan gambar yang ada pada saya dan kekangan masa untuk mengecilkan gambar-gambar yang lain, ini sahaja lah buat kali ini.

Now, i would like to share with all of you some stories regarding the companion's of our Prophet SAW. One time, Rasulullah SAW received a guest and that night He doesnt have anything to serve His guest, so He asked other Sahabah(companion) "Who is ready to serve His guest tonight?" One sahabah replied "I'm ready". Therefore this Sahabah went back his house and informed his wife regarding the guest of Rasulullah SAW. His wife replied that they had nothing left to eat except for their children tonight. Then, this Sahabah asked his wife to get their children sleep without eat and serve all the food to the guest. When the time come to eat this Sahabah also ordered his wife to turn off the light and he will pretend to eat together with the guest, so that the guest doesnt have to feel uneasy with their situation. Then, tomorrow morning Allah reveal Ayatul Quran through Jibrail A.S to Rasulullah SAW mentioning about the sacrifice that had been made by this Sahabah and Allah is so please with this sahabat.

Today, if we look at ourselves how many time we make sacrifice for our muslim fellow and how much the sacrifice it is? We are now is completely different from what our Prophet SAW used to train His companion. Their level of iman is so high even they are normal human being. Now, we tend to avoid anyone who need our help in whatever situation. Even if we help, we always talk about that (mengungkit) and this is a big problem because it is not preferable and seem like less sincerity on it because whatever we do, it should be because of Allah. If it because of Allah we do it, InsyaAllah Allah will reward us more than what we can imagine and if it not in this world, InsyaAllah Allah will pay in the Hereafter(which is the infinity life). Seriously my friend, even a small thing we did because of Allah, Allah will see it and will count it later as our good deed. Therefore, we should always rectifier our intention on whatever action we did , and if there any shortcoming on it, we should make a lot of Istifar, seek forgiveness from Allah SWT.

(May ALLAH forgive me if I'm wrong)

Now, it come to the most interesting part in this topic, I would like to introduce my friends personally:

(My English is so bad, dah xtahan nk tulis ikut melayu blik,hehe)

Ini dia, sahabat yang pertama saya ingin persembahkan kepada semua iaitu AKMAL MEHAT a.k.a tyrox a.k.a penglipur lara(courtesy to miss Shima) dan banyak lagi gelaran yang telah dinobatkan kepada nya (semoga Allah memberkati sahabatku ini dan memberikan kejayaan kepadanya di dunia dan akhirat). Sangat berminat dalam arena politik negara kita dan dalam masa yang sama amat bersikap positive dan berlapang dada untuk berkongsi apa sahaja ilmu, pendapat dan idea. Berpegang kepada prinsip gapailah bintang di surya walaupun kaki mu bertijak di bumi. Untuk maklumat selanjutnya boleh lah mengunjungi Friensdter, Myspace, dan juga facebook saudara Akmal Mehat( taip saja TYROX ataupun Akmal Mehat).



Seterusnya, diperkenalkan pula Mohd Shakir Sufian. Dari belakang sudah cukup untuk mengambarkan perilaku, hobi, minat dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hidupnya. Dengan berbekalkan baju pasukan rugbi sekolah, saudara ini datang ke U of A untuk menimba ilmu semaksimum yang mungkin agar dapat berjasa kepada Agama, negara dan petronas(sponsor) apabila tamat pengajian nanti. Saudara ini merupakan rakan baik kepada saudara akmal, mereka boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku. Malangnya untuk tempoh 2bulan setengah mereka dipisahkan disebabkan saudara Shakir terpaksa pulang ke tanah air atas urusan peribadi.

Ini dia, saudara Abdul Muhaymin Muhammad Fauzi yang telah menjadi roomate selama 2tahun berturut-turut tapi untuk semesta depan akan diupgrade menjadi housemate saya. Sangat terkenal dengan sifat pemalu dan suka menyendiri (private time). Lulusan Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Kelantan dan juga SBPI Temerloh, Pahang. Mempunyai suara yang cukup lunak dalam memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga mempunyai cukup banyak potensi dalam dirinya. Sangat berminat dalam apa sahaja jenis sukan (especially footy) dan bercita-cita menjadi seorang engineer yang dapat membawa perubahan yang positive kepada negara kita. Untuk makluman, saudara ini sekarang sedang sibuk menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinan kakaknya di Malaysia dan segala apa yang telah diperolehi, InsyaAllah akan diaplikasikan dalam majlis pertunangannya yang akan datang pula.


Sekarang, diperkenalkan pula Muhammad Razly atau lebih dikenali sebagai Rajo. Saudara ini berasal dari Kota Kinabalu,Sabah. Amat terkenal dengan sifat rendah dirinya (so humbleness) dan mempunyai minat yang mendalam mengenai pembaikian mesin atau jentera. Meminati sukan cricket, mempunyai potensi besar dalam apa sahaja sukan dan tidak lupa juga antara pengamal bahasa Melayu baku di sini (dalam percakapan). Bermula dengan pertemuan semasa temuduga biasiswa YTN, takdir telah menemukan kami semula di bumi asing ini sebagai housemate walaupun berlainan tajaan. Amat bertuahlah mana-mana individu yang dapat memiliki insan ini sebagai teman hidupnya.

(Tuan punya gambar amat dialu-alukan memberikan comment jika ada salah dan silapnya)

Sekian,
Wassalam.

Intro

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, pertama sekali dan InsyaAllah untuk selama-lamanya saya panjat kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaan masa, tenaga dan ilham untuk saya mula berkongsi serba sedikit coretan kisah hidup saya sebagai seorang pelajar, juga seorang anak dan yang paling penting sekali sebagai hamba Allah yang penuh dengan kelemahan yang perlu diatasi di atas muka bumi ini.

Seterusnya, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat yang telah banyak berkorban demi menyebarkan Islam yang hakiki di dunia ini. Hanya Allah dapat membalas dengan sebaik-baiknya di atas semua usaha ini.