Friday, October 9, 2009

Kelantan...

Assalamualaikum WBRT
Alhamdulillah dan selawat serta salam keatas Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat R.A.

Ukuran kemajuan xsama ukuran iman di dada

Kelantan.... Inilah bumi yg Allah SWT telah menyusun takdir-Nya untuk aku lahir di sini. Special nya cukup2 special bg aku. Walaupun aku hanya pernah bermaustatin tetap untuk tempoh 2 tahun di sini tp negeri ini cukup2 berbeza dgn negeri2 lain. Masa belum sekolah, bermacam-macam tmpt ak duduk sebab ayah ak tentera. Kebanyakan masa, aku dibesarkan di Pahang terutama Pekan, dr tadika hgga tingkatan 3. Lpas tu, masuk SBP kt Kota Bharu, form 4&5, pastu wat matric dan currently kt u of a.

Istimewa x istimewa kelantan, inilah satu-satunya negeri yg mana menteri besarnya orang bijak pandai agama tp tetap manusia biasa. Salah satu negeri yg cukup2 tinggi kepadatan bangsa Melayu, so automatis ramai muslimnya tp parti org melayu asyik2 kalah je kt sini dan menteri melayu pun suka kutuk negeri ni, xpela. Satu-satunya negeri yg menjadi idaman kerajaan persekutuan sejak 1990 dan hampir menjadi kenyataan semasa 2005 tp hanya tggal harapan pd tahun 2008(xpe, boleh cuba lg).

Apa-apa pun parti xbawa kemana-mana, yg penting apa yg diperjuangkan, once u r muslim, please be a muslim,behave like muslim, talk like muslim, and of course by following sunnah Rasullullah SAW, then only u not going to loss anything, in this world or hereafter. Kalau setakat Islam saja tp dengar azan xpergi masjid xkene laa kan, so, selalu laa ke masjid, jd tetamu Allah SWT( bukan senang ni).

Kalah ke menang ke, xdpt jd org kaya ke, xdpt result ok ke, xdpt isteri cantik ke, xdpt jd calon pilihan raya ke,xdpt jd menteri besar ke, itu semua ada hikmah. Yg penting sentiasa berusaha ke arah menjadi yg terbaik. Allah SWT bg pahala atas banyak mana usaha kita ke arah kebaikan bukanlah hanya pd kejayaannya, lg bagus kalau ke arah urusan dakwah agamaNya. Lagipun hidup ni bukanlah lama sgt pun, so xyah lah cari sgt bende2 yg xleh nak bw masuk kubur ni. Jalan terbaik adalah cari lah ilmu agama sebanyak yg mungkin, at least biar setaraf dgn ilmu dunia yg kita cari hari ni khasnya utk diri ini sendiri.

The greatest enemy of Muslim is ignorance, and this is true , because we as a muslim doesnt care about anything except money and power, mostly laa bukan semua. This is including religious matter, we just simply assume that we know everything and based on logic. I'm not saying this is wrong, but, the best is, we should know from the Islamic point view first, and then we can judge about that matter. So, always ask Islamic scholar before doing something that we're not sure.

Sambung blik... Special lg kelantan ni, dia ada petroleum mcm Sabah, Terengganu dan Sarawak, Alhamdullilah, rezeki dr Allah SWT tp xdpt pun royalti. Sepatutnya 1billion setahun dan kalu kira dr 2004 dah 5billion dah, xke kaya negeri ak ni, tp semua ini dinafikan oleh federal goverment, orang melayu jgk, alasan jauh dr kelantan.

Tp semuanya bukti dah ada, dokumen perjanjian 1975 dgn menteri besar dulu yg disaksikan Tun Salleh Abbas(bekas hakim) dan Tengku Razaleigh (ex-pengerusi petronas) org masih lg simpan tp tetap xnak bg *** . Yg sedih lg, 2 pemimpin parti melayu yg mak bapak diorg org kelantan jgk kata kelantan xde hak langsung, hampues betul, xpela. Kan senang cakap mcm Tun M masa die tarik royalti dr Terengganu dulu, alasannya xnak bg kerajaan Pas mengukuhkan kedudukannya di Terengganu. Org2 Terengganu fikir2 kan lah sape yg sekat kemajuan utk Terrenganu dlu Pas ke Tun M???

***(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21703&Itemid=50)

Sebenarnya ini bukanlah soal parti tp soal hak rakyat. Xkira parti mana memerintah pun, kalu org tu sygkan negara dia, bangsa dia, agama dia, dia patut dahulu kan kepentingan rakyat dr kepentingan parti dia mcm slogam 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sape dtg umh, ak blanje ni...

Andaikan lah kalu kelantan dpt royalti, barulah ternganga mulut org no 2 malaysia yg kata negeri ak ni mundur.Tp kalu xdpt pun, apa yg ak tgok skrg, semua keperluan dh ada, kalu nak banding dgn Pahang itu( tmpt ak duduk dulu) xbyak beza dah, mungkin ada kurang atau lebih sikit kut. Kota Bharu tu semua dah ada, jalan sesak sokmo, biar 4 line jalan pun. Menurut nenek ak, biar org len nk kutuk pun, asalkan xmenyusahkan kita, lgpun dia gne mulut dia. Betul2, dalam Islam pun, kalu org kata buruk kt kita, kita jgn balas balik, biar Allah SWT shj yg menentukan, dan kalu dia mintak maaf, kita maafkan.

Tp ak percaya, sbg muslim ukuran kemajuan kita bukanlah pd bangunan tggi nya atau byak pasar raya nya shj tapi yg plg penting adalah peradaban masyarakatnya. So, ak menyeru kpd diri sendiri dan kpd semua org supaya tingkatkan akhlak kita seterusnya mengantarabangsa masyarakat Malaysia mcm Najib Tun Razak cakap.

Apa2 pun ak doakan kelantan dpt royalti tu, sbb itu hak rakyat kelantan, lmbat ke cepat, itu terserah kpd Allah SWT menentukan nya, yg penting kita sama2 usaha. Ak yakin kerajaan kelantan skrg xkan wat projek2 yg xde faedah seperti stadium yg bumbung nya cpat runtuh, kejohanan2 yg mengarut, pulau2 yg xde manfaatnya. Disbbkan org kelantan ramai yg petani, so lebih baik kurangkan cukai tanah, ringan ckit beban golongan ni, ubah sistem hospital bg org kampung ni setaraf dgn pegawai2 kerajaan kalu masuk hospital, 1st class, baru rakyat didahulukan, betul tak Najib?..Ni idea je.. kalu blh buat lg bagus.

Akhir kata aku suka Kelantan sbb ia Kelantan dan aku suka tggl di Pekan, Phg sbb ianya Pekan, bukan lah KL atau N9 atau Selangor atau lain2.

Sekian teruskan beramal dan ingat la mati sokmo.

Mandi-manda slps 2 tahun xjmpa

Sunday, March 22, 2009

Mungkin

Persahabatan adalah suatu yg harta yg berharga.

Assalamualaikumussalam wbt

Pertama sekali dan untuk selama-lama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah swt yg masih lg memberi izin untuk kita semua terus bernafas dan menikmati segala nikmat-Nya. Seterusnya, selawat serta salam ke atas jujungan Mulia kita, Muhammad SAW yg telah pergi meninggal kita hampir 1400tahun lamanya.

Memandangkan kita masih lg berada dlm bulan kelahiran Nabi SAW kita, suka untuk diri mengupas serba sedikit ttg peribadi mulia Muhammad SAW. Secara kebiasaannya, sambutan hari kelahiran hanya akan disambut semasa hayat seseorg individu itu sahaja dan taakala nyawa dipisahkan dr jasadnya, maka terhentilah sambutan ini.

Tetapi bagi individu yg amat paling dan sangat istimewa, maka sambutan ini akan terus berlansung sempena mengingati jasa atau dgn nama lain nya pengorbanan yg telah dilakukan semasa hayatnya.Maka, atas sebab inilah kita terus mengadakan Sambutan Maulidur Rasul ini dr peringkat sekolah hinggalah kebangsaan.

Diri ini amat pasti, kebanyakan dr kita semua pernah terlibat dgn aktiviti ini ketika di zaman persekolahan dahulu. Dan sudah semestinya setiap tahun, tema Maulidur Rasul akan menekankan ttg peribadi mulia Rasulullah SAW. Sedar atau tidak, antara individu yg plg gembira ketika kelahiran Nabi SAW adalah Abu Jahal iaitu bapa saudara Baginda SAW yg mana telah memperuntukan sebahagian besar wang dan juga ternakannya sempena dgn kelahiran Nabi SAW.

Abu jahal sgt gembira kerana anak saudara yg baru dilahirkan adalah seorg lelaki kerana ketika itu perempuan hanyalah dianggap beban dan alat dlm masyarakat jahiliah. Tetapi sayang sribu kali syg, insan ini yg mana amat gembira dgn berita kelahiran Nabi SAW akhirnya dilaknat oleh Allah SWT akibat menentang kuat ajaran dan peringatan yg dibawa Nabi SAW.

Bukan sahaja itu, abu jahal juga sorg insan yg cukup tidak senang melihat individu yg lain mengikuti dan mengamalkan ajaran Islam. Bermacam-macam cara yg insan ini lakukan untuk mnghalang dakwah Nabi dan tidak kurang juga dgn fitnah dan tomahan yg dilemparkan ke atas Rasulullah SAW . W/bagaimanpun, Nabi kita ttp istiqomah dlm meneruskan ajaran dan dakwah Islamiah.

Rasulullah SAW juga pernah membelah bulan untuk membuktikan bahawasanya dirinya adalah seorg Nabi dan Rasul yg diutuskan oleh Allah SWT ttpi abu jahal ttp terus menerus menghalang usaha Nabi kita...

Apa yg ingin diri ini sampaikan adalah suatu yg amat menyedihkan apabila seseorg insan yg mulanya amat gembira dgn kelahiran Rasulullah SAW ttpi berakhir dgn menentang kuat Islam atas sebab mahu menjaga kepentingan diri sendiri dan asyik dgn dunia sementara ini.

Sekarang, kita cuba tenung diri masing-masing, banyak mana kita korban untuk mengamalkan ajaran yg dibawa Rasulullah SAW dan banyak mana kita korban untuk dunia sementara ni. Bab kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dgn kata mudahnya, disebalik setiap kejayaan itu ada terselit pengorbanan dan semua orang tahu kejayaan itu tidak akan dtg bergolek.

Nabi kita banyak korban masa dan wang untuk Islam dan atas sebab inilah kemanisan iman itu dtg dlm dirinya. Nabi SAW adalah insan yg maksum, suatu jaminan dr Allah yg mana segala dosanya akan diampun, tapi Rasulullah SAW ttp byak beramal atas sebab nak tunjuk kat kita semua bahawasanya iman ini amat berharga, perlu berusaha untuk mendapatkan nya dan bukannya senang.

Apa beza orang yg beriman dan orang Islam?(ssh nk jwb ni, bg contoh r). Dlm alquran byak memperinci ttg perintah Allah dan org beriman, contohnya ayat perintah berpuasa,

FirmanNya "Wahai orang-orang yang BERIMAN, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah : 183)"

Jelaskan apa perbezaan org beriman dgn org Islam. Kalau mengikut istilah matematik, Iman ini adalah subset bg Islam, maknanya, org Islam tidak semestinya beriman manakala org beriman mestilah Islam dan jurang antara mereka amat jauh sekali, lg jauh dr langit dan bumi.

Semua org dh tahu bahawasanya dunia hari ini mengakui bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yg paling berpengaruh (no 1 beb) atas muka bumi Allah SWT. (taip je kt google klu nk bukti). Jadi, kalau ada apa-apa masalah rujuklah kepada Nabi Muhammad SAW.Ya benar Rasulullah SAW telah wafat tp Baginda telah meninggalkan dua "permata" yg plg berharga iaitu Al-quran dan Sunnah dan jaminan Rasulullah SAW iaitu sesiapa yg berjaya memiliki kedua-dua ini dlm hidupnya akan selamat dunia akhirat. Senang kan?

Hari ini semua org kata "aku cinta Rasulullah SAW" tp lupa akan kewujudan Al-quran dan Sunnah. Al-quran dan Sunnah sekadar dlm buku dan kitab, dlm bingkai kaca, dlm kaset, dlm vcd tp dlm hidup yg sebenar bende lain yg dijadikan panduannya (ak pom same). Yg plg sedih lg, ada sesetengah tu siap kutuk-kutuk org yg cuba hidup kan Sunnah Nabi dan juga cuba hlg pihak yg nk impliment Islam yg sebenar. Sedihkan? Tp, jgn kecewa,jgn putus asa, sbb semua nya ada hikmah dan hidup ini xlama pun.

Apa sebenarnya yg tersirat dlm wasiat terakhir Nabi SAW?Hari ini boleh dikatakan semua rumah org Islam mempunyai Al-quran dan Sunnah(hadith dan segala yg berkaitan dgn Nabi SAW), apa lg yg kurang? Jwpannya, mestilah ttg pratikalnya iaitu pembawaan Islam dlm segala-galanya. Semua org boleh bersyarah panjang ttg karekter Nabi SAW tp belum tentu dpt mencontohinya.

Pemikiran Rasulullah SAW tertumpu kpd usaha menyelamatkan umat dr api neraka tp hari ini umat Islam tertumpu kpd usaha mengejar dunia sehingga ada sesetengahnya sanggup meninggalkan tuntutan agama. Sesungguhnya dunia ini 'shadow, if u try to catch it, u never get it, but if u turn 180 degree, it will follow behind u'.

Nabi Saw xbimbang jika mana umatnya miskin, bkn fakir miskin ye, tp apa yg membimbangkan Rasulullah SAW ialah apabila umatnya kaya.Baginda SAW sendiri menolak tawaran dr Malaikat yg menawarkan Baginda SAW harta yg tidak terkira nilainya, dan dgn rendah hati baginda membalas beliau lebih suka untk berlapar seharian dan makan untuk hari yg seterusnya kerana kemiskinan tidak akan sesekali mnghalang seseorg dr mengingati Allah SWT.

Buktinya, hari ini kita dpt melihat kejayaan adik Nur Mardiah yg mana berpuasa untuk menjimatkan belanjanya memandang keluarganya yg miskin dan dlm masa yg sama berjaya mengatasi semua pelajar di Malaysia termasuk di SBP,MRSM dan sekolah2 premier yg mana makan 5 kali sehari untuk menjadi pelajar terbaik SPM.(Hoho, kalau sudi dtg la belajar Canada, specific lg kt U of A) .

Berlainan pula dgn kebanyakan yg kaya yg sememangnya sibuk atau pun perasan sibuk sehingga mengabaikan tuntutan agama.Bermacam-macam alasan dikemuka, sejuk la ,meeting la, clas la, lab la, majikan xbagi la. Untuk makluman, dua jenis manusia je blh tggl solat, pertama org dah mati, kedua org yg hilang kewarasan atau gila. Semoga glg ini insaf dan kembali ke landasan Islam yg sebenar, IsyaAllah.

Akhir kata, cintalah Allah SWT dan Rasulullah SAW dgn cinta yg sebenar-benarnya, tegakkan Islam sebagaimana teguhnya langit yg tiada tiangnya, InsyaAllah.

Thanks 4 my lovely sis, haha.

Tuesday, February 24, 2009

Janji-Janji Kita...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat ke atas Allah swt yg masih lg memberi izin utk diri ini menrecanakan serba sedikit ttg hakikat hidup ini. Seterusnya selawat serta salam keatas Junjungan Mulia kita Muhammad SAW dan tidak lupa juga kepada sahabat2 Baginda r.anhum yang telah berkorban jiwa dan raga mereka untuk menyebarkan agama Islam di muka bumi ini. Semoga segala kegigihan dan usaha mereka dpt kita contohi dlm mencari keredhaan Illahi.

Untuk tatapan kali ini suka untuk diri ini membawa kita semua untuk meneliti janji-janji yg pernah kita taburkan atau pun yg pernah kita dengari. Mungkin ada diantaranya kita kotakan dan juga mungkin sebaliknya. Sedar atau tidak, hanya ada dua kategori janji iaitu janji yg pasti dan juga janji yg xpasti.. Hakikatnya semua janji yg kita ucapkan belum tentu ada jaminannya 100%, semuanya berlaku dgn kehendak Allah SWT

Kita lihat kategori yg pertama dahulu iaitu janji yg xpasti. Janji yg berada dlm kategori ini adalah janji-janji yg dibuat oleh manusia. Ini termasuklah janji seorg pemimpin kpd rakyatnya, janji seorg kawan kpd kawannya, janji seorg 'balaks' kpd 'aweks'nya, janji seorg abg kpd adiknya dan segala macam jenis janji lg. Janji sebegini sememangnya telah maklum kpd semua org dan tidak perlu diulas panjang.

Dan jika dilihat dgn skop yg lebih luas lg, janji yg berada dlm kategori (xpasti) ini juga termasuk dgn janji2 dunia ini kpd seorg insan iaitu janji kalau dapat degree, senang dpt kerja, janji kalau duit banyak , hidup senang, janji kalau belajar rajin, result gempak, janji kalau kerja rajin dpt bonus byk, janji kalau power english senang dpt scholarship dan macam-macam lg jenis janji dlm kategori ini. Sebenarnya janji-janji ini sememangnya lumrah kehidupan, dan diri ini yakin kita semua perlu berusaha untuk kearah memenuhi janji ini. Betul x?
Dan dalam masa yg sama kita semua juga khasnya diri ini perlu yakin bahawasanya segala keputusan di tangan Allah SWT. Allah SWT mampu mengubah segala janji dunia ini sbb itu kalau kita lihat ada sesetengah kita w/pun ada degree dlm kejuruteraan tp berakhir dgn jd seorg penternak ayam yg berjaya, dan ada juga yg kaya tp hidup dlm ketakutan, pergi kemana-mana mesti ada pengawal, bimbang dirompak, bimbang ditembak curi, risau dibaling kasut dan macam2 lg. Walau apa pun, sekali lg diri ini ingin menegaskan sesungguhnya kita semua perlu berusaha untuk mengecapi semua janji2 dunia ini. Jangan salah faham ok..

Seterusnya kita pergi ke kategori yg terakhir iaitu janji yg pasti. Janji2 yg dimaksudkan adalah janji2 Maha Pencipta kpd makhluknya iaitu janji Allah SWT kpd insan2 termasuklah diri ini yg selalu lupa kewujudan janji ini, iskh2. Janji2 ini termasuk lah kalau seseorg individu solat di masjid bersama jemaah yg pertama dpt 27x ganda pahala, kalau seseorg insan itu bersedekah dgn seikhlas hati dpt byk pahala, kalau sesorg insan itu solat sunat sebelum subuh 2 rkaat, ini lebih baik dr dunia ini dan segala isinya, kalau insan itu tolong agama Allah, Allah tolong selesaikan semua masalah dia, kalau insan itu pemimpin yg adil dia termasuk dlm golongan yg di bawah lindungan arasy Allah di pandang masyar nnt dan bnyk lg. Allah itu Maha Pemurah dan kita perlu bijak untk mendapatkn segala-galaNya drNya, mesti byak beramal untk Allah permudahkan hidup kita didunia ini dan akhirat nnt. Kalau hendak disenaraikan semuanya , memang sampai sudah xabis.

Tambahan lg, ini janji Allah (masih lg dlm kategori janji pasti ni) kpd mahkluk nya yg xikut perintahNya, lawan cakapNya, degil, sombong, banyak buat maksiat, sibuk dgn dunia ini dan xbersyukur termasuk diri ini sendiri(insaf lah cepat). Janji yg dimaksudkan adalah kalau sengaja tinggal solat balasannya tinggal dlm api neraka untuk satu tempoh yg lama yg mana tempoh tu lebih lama lg drp hayat kita semua di dunia sementara ini (nk tahu tempoh tu cari sendiri) dan ini hanya untuk satu waktu solat, belum 2,3...20... waktu solat lg. Dalam hadith juga ada menceritakan ttg balasan untk individu yg melengah-lengah solat, siap ada nereka khas lg untk golongan ini(special punyer). Oleh itu berusaha lah bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab terhadap tuntutan agama, dan yg penting sekali lakukan mengikut apa yg di ajar oleh Nabi SAW. Sama lah juga untuk muslimat-muslimat yg disayangi dan dikasihi semua, bg yg masih lg xbertudung tu, lama jugak lah anda semua tggl di neraka kalau masih lg xbertudung(nk tmpoh die, cari sendiri ).Semua ini janji2 Allah SWT ini pasti kpd mahkluk yg diciptaNya bkn diri ini sengaja hendak menakutkan sesiapa pun.

Iklan...

Ali : Oit, ko tau x manusia ni suka langgar apa?
Ashraf:langgar lari.......
Ali :Salah
Ashraf:langgar anak dara org......
Ali :Asbur tul ko ni, watpe langgar anak dara org
Ashraf:blh kawin free
Ali :loyar buruk plk budk ni
Ashraf: dh tu ape??
Ali : manusia skrg suka langgar undang2 laa.dr peringkat atasan sampai org bawahan mcm ko
Ashraf: kalau mcm ak, mcm ko la jgk. hehehe...

Sambg blik...

Walaubagaimanapun, Allah itu Maha Penyayang kpd hamba2Nya, w/pun hambaNya melanggar perintah, bekalan oksigen xpernah terputus w'pun sesaat, begitu jantung kita tidak pernah berhenti sesaat taakala hambaNya melakukan mungkar(len r klu mati). Penyayang kn?Semua ini bukti bahawa Allah itu sifatnya bukan semacam manusia yg selalu terarah kpd maksiat. Oleh itu, ikut lah perintahNya dan lakukan dgn ihklas serta selalulah mohon hidayah Nya agar terus berada di jalan yg benar.Masih ada ruang untuk kita khas diri ini untuk terus memperbaiki dan berusaha menjadi sorg muslim yg sejati. Segala macam 'mak neka' dosa yg lepas, sama2 kita insafi, anggap lah semua itu sebagai cermin sisi dan jangan sampai kita disengat ular dr lubang yg sama untuk kali yg kedua.

Kesimpulannya, amat rugi lah bg sesiapa yg tidak berusaha untk memenuhi janji dunia ini dan teramat sangat paling rugi,jahil dan bodoh lah sesorg itu jika tidak berusah untuk memenuhi tuntutan agama dan juga mencari janji2 yg pasti lg manis Allah SWT terhadap diri nya.

(Untuk makluman, post ini tiada kaitan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup mahupun yg telah mati kecuali En. Ali dan En. Ashraf dlm iklan tu yg mana mereka selalu digelak oleh syaitan sbb berjy diperdaya,hoho, dgr tu ye En berdua... dan segala apa yg dicoretkn sekadar untk berkongsi dgn anda semua)

(Masih lg winter, lmbat lg nk blik Malaysia..hoho)

Sekian untuk kali ini dan teruskan beramal....

Friday, January 9, 2009

Khas Untuk.......

"Baklava"

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah dan setinggi-tinggi pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam untuk Junjungan Mulia, Muhammad SAW.

Mungkin belum terlambat untuk diri ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam dan Tahun Baru 2009 dan tidak lupa Selamat Datang ke Semester Baru, Winter Term. Kenapa semuanya mesti baru, jadi apa yg tinggal untuk sahabat kita "lama"?. Sedar atau tidak, yg tinggal adalah umur kita yg semakin tua dan masa yg semakin suntuk untuk beramal. "Baru" hanya satu perkataan yg digunakan oleh pihak yg tertentu untuk mengalih perhatian kita semua dr menyedari hakikat hidup yg sementara ini. Hakikat kematian ini adalah suatu yg realiti tp sayang tak ramai dr kita bersedia untuknya.InsyaAllah semoga Allah memberi hakikat hidup ini kpd kita semua.

Sekarang kita dikejutkan dgn serangan rejim israel ke atas saudara-saudari kita di bumi Pelestin. Hanya Allah SWT shj yg tahu bagaimana penderitaan yg mereka alami sekarang. Ironiknya, kuasa-kuasa besar dunia terus mnyokong tindakan rejim ini dan yg peliknya negara2 Arab sendiri terus diam membisu. Tapi ingat wahai manusia, setiap apa yg berlaku ada harga yg perlu dibayar, percaya atau tidak, setiap darah yg menitis di bumi Pelestin itu akan menjadi soal di akhirat nnt kerana setiap muslim bertanggunggjawab ke atas saudara muslimnya sendiri.

Disebut dlm suatu Hadis " Tidak sempurna iman sesorg selagi mana dia tidak menyayangi saudara muslim sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri".Dalam konteks ini, jelaslah bahawasanya kita perlu menjaga kebajikan saudara muslim kita dan sudah tentulah mengikut prioritinya. Oleh itu, marilah kita hulurkan bantuan dalam apa jua bentuk. Berdoalah kpd Illahi agar kita semua diberi cahaya keimanan untuk terus berada di bawah hanya satu panji Islam.

Diri ini merasakan bahawasanya ini adalah satu peluang untuk seluruh umat Islam untuk berjihad di jalan Allah tp sayang semangat jihad kelihatan sudah kesepian di lubuk hati mukmin hari ini termasuklah diri ini. Masing2 sibuk dgn dunia masing2, dan kadang2 leka bergembira tanpa memikirkan kesengsaraan mukmin yg lain. Diri ini mengandaikan jika mana setiap negara Islam (OIC) mampu menghantar satu batalion(xramai pom) untuk mempertahankan bumi Pelestin necaya penderitaan mereka tidak seburuk hari ini tp apakan daya yg dekat buat2 tuli,yg hampir buat2 buta,yg kaya buat2 miskin, yg jauh hanya pandai bersuara.

Akhir kata, beramalah seolah-olah matinya esok dan berjuanglah seolah-olah hidup ini lama.

Sekian untuk kali ini......
Ya Allah berikan lah kaki ini peluang untuk menjejak di bumi Malaysia lg dan jauhilah anggota ini dr menjejak tmpt2 maksiat.
Brother Razly yg hensem dan hebat bersnowboarding.