skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
Mungkin esok dah xde
Ya Allah, bagilah kami hidayat/kefahaman dan kekuatan untuk beramal...juga untuk istiqamoh dlm beramal....
Firman  Allah SWT:
Orang-orang yang memakan  (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti  berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana  sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka  mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".  Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan  mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya  peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil  riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)  adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan  sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah  ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (QS 2:  275)  
Wahai orang-orang yang beriman!  Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi  nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji)  dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu  berjaya (QS 5:90)
Sesungguhnya Syaitan itu  hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara  kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada  mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah  kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor  itu atau kamu masih berdegil)?
(QS 5:91)
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
No comments:
Post a Comment